x

kristaL / About This Artist

Artist Details and Stats:

Hometown: KL, MY

Label: Universal Music Sdn Bhd

Management: Music Valley Sdn Bhd

Website: www.razeila.com

Genre: Rock

#-
Rock charts for KL, MY
  • 77
    Total Fans
  • 9,351
    Profile Views
  • 2
    Widget Hits

Biography:

Kristal ditubuhkan hasil susah payah Pakcik Baharudin. Dialah yang mula-mula mengetengahkan bakat budak-budak muda ini dengan menghantar demo kepada Awie. Awie yang kagum mendengar demo Kristal mula-mula tu tak berapa nak percaya tetapi akhirnya mengakui bakat budak-budak ini semua setelah melihat sendiri Kristal membuat persembahan di depan mata.

Pada tahun 2000 Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .

Setelah keluar dengan semut, lebah & belalang..kini Kristal muncul semula dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu VIRUS!!! Album N.T Virus ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004 yang lepas. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.

'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.

Baru-baru ini pula kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'.Juga terdapat 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama [Zunika] yang diberi nafas baru yg dahulunya penah dipopularkan oleh A. Romzi

Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (Vokal), Rody (Gitar1),Izal (Bass), Bob (gitar2) dan Ainul (Drum).Namun disebabkan Ainul & Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (Drum). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain..maka Kristal sekali lagi kehilangan drummer.Maka tempat Joe digantikan oleh Acap