x

Bangsal / Bio

Kami,

BANGSAL.

Asal, semua dari

SARATOK, SARAWAK.

Setakat ini, kami telah menghasilkan beberapa buah demo menggunakan software + laptop sahaja, homemade punya rekod (belum mampu untuk merekod di studio, namun terima kasih teknologi! haha).

Kami bermula dengan

- BANGSAL -

selepas band-band kami sendiri sebelum ini menyepi.

Azlan, An, dan Sepoi dari band

- SEXTET -

manakala Aca dan Maje dari

- THE UNIDENTIFIED SOUND -

Kehadiran

BANGSAL

bermula sekitar hujung 2009/awal 2010. Kami baru pernah sekali menyertai gig di Stadium Sarawak, Kuching pada hujung taun 2010, bersempena dengan cubprix. Pernah juga mengikuti battle di TCS College dan RockERA DiGi di Lim Kok Wing, Kuching, di Sri Aman, dan juga di Saratok. Pada tahun 2010 juga, kami pernah ditemubual di Radio Sarawak (RTM) dalam segmen Jamm Muzik X (terima kasih Radio Sarawak!). Lagu "Selamat Malam (Mimpi Indah)" versi akustik pernah juga tercalon dalam Carta Borneo Jamm Muzik X. Lagu "Sepi" juga pernah terpilih menjadi demo pilihan dalam segmen tersebut juga.

Kami masih dalam proses menimba ilmu/pengalaman, berminat untuk terlibat dalam gig-gig bagi memperbaiki diri/band, kerana kami percaya, kami masih terlalu jauh untuk mencapai yang terbaik bagi kami. Sila beri tunjuk ajar kawan-kawan!

Sekian,

Makseh (^^)

General Info

Band Members
Azlan on songs, Aca on 6strings lead, An on 4strings, Saiful on beats, MaJe on 6strings rhythm
Artist Name
Bangsal
Profile Page
https://www.reverbnation.com/bangsalism
Active Since
01/10
Genres
Alternative / Powerpop / Rock

Contact Info

Location
Saratok, MY