x

You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Akira Shukri / Bio

AKIRA SHUKRI ZAKARIA (AKIRA SHUKRI)
Jejaka kelahiran Negeri Perak berketinggian 174cm / 5’ 8” selesa dipanggil Akira atau Shukri; pernah menyertai beberapa pertandingan sewaktu di bangku sekolah. Beliau juga pernahmenjadi krew serta pelakon tambahan dalam beberapa teater, drama tv, telemovie dan filem yang dianjurkan di Universiti. Beliau kini masih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Film, Teater dan Animasi di salah sebuah pusat pengajian tinggi (UiTM Puncak Perdana)
Beliau yang merupakan anak ke 2 daripada 5 beradik sering menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan juga penciptaan lagu.
Bakat anak muda yang berkelahiran 23 Ogos 1992 ini mula terserlah apabila klip-klip video yang dimuatnaik oleh beliau sendiri dan menampilkan lagu-lagu ciptaan beliau mula mendapat perhatian di ruang YouTube.
Beliau berjaya mendapat perhatian pihak Nanorecords yang akhirnya menawarkan beliau merakamkan single berjudul Duka hasil ciptaan beliau sendiri.
Nanorecrods yang merupakan syarikat baru yang ditunjangi oleh orang-orang lama dalam industri hiburan juga sedang dalam proses membuat susunan musik baru untuk beberapa buah lagi lagu-lagu hasil ciptaan beliau.
Kini beliau telah pun siap merakamkan single pertama beliau berjudul “DUKA” yang dicipta sendiri lagu dan liriknya oleh beliau. Lagu ini bakal menjadi pertaruhan terhadap masa depan beliau dalam dunia musik tanahari.
Beliau dengan merendah diri memohon agar semua pihak dapat menerima kehadiran beliau dalam dunia seni tanahair sekaligus memeriahkan lagi industri hiburan kita.

Sekian.

General Info

Artist Name
Akira Shukri
Home Page
http://www.reverbnation.com/akirashukri13
Genres
Pop / Ballad / Contemporary

Contact Info

Location
Kuala Lumpur, MY
Manager
Wan (019-317 7475) or Ruslan (019-245 8888)

Similar Artists

  • Faizal Tahir
  • Ahmad Shahir Zawawi (Shahir)
  • Micheal Jackson
  • Anuar Zain
  • Once Dewa
Feedback