-
- Songs
| Status | Silwayd; Line up format |
|
Join the Mailing List |
About
Silwayd, atau ejaan asalnya adalah Sillhoutte (tanpa huruf E sebelum huruf T) adalah band Pop dari bandar Kuching, kepulauan Borneo. Lahir pada 2003, hasil daripada gabungan minat 3 anak muda terhadap musik Indie Brit Pop, iaitu Mohammad Adhim Alibaba, Ethelbert Drostan dan Khairul Bintulu.
Bertahun memekakkan telinga dengan sajian lagu2 berinti Indie tanpa sebarang material, ditambah lagi dengan kesibukan masing2 dengan komitmen yang ada, Sillhoutte menyepi... hampir-hampir dekat dengan istilah 'hangat-hangat tahi ayam'... Adhim menyambung pelajarannya di Tanah Malaya, Ethelbert Drostan memberi konsentrasi penuh terhadap band asalnya, NERD (pernah dikenali sbg ZOO) dan Khairul hilang tanpa berita.
Mohammad Adhim Alibaba bergerak sendiri secara solo dalam bidang musik, masih menggunakan nama Sillhoutte, namun menghasilkan materialnya yang berunsur Elektronika...sedikit lari dari landasan sebenar yang digilainya...Selama 3 tahun bergerak solo, Sillhoutte telah melahirkan 2 demo iaitu Saints, Sinners & You - 2005 dan Poppaganda - 2007, terhad keluarannya, yang hanya dipasarkan melalui order penghantaran pos. Satu daripada lagunya, Saints & Sinners tersenarai didalam Kompilasi Indie For Glory Volume 1, dibawah label rekod indie, A Glorious Day Records.

Sekembalinya Mohammad Adhim Alibaba ke Borneo untuk bercuti, beliau bertemu pula dengan Edwin Jang Joseph, gitaris dari kumpulan Paradoxically Opinion dan tertarik dengan gaya permainan gitarnya lalu bercadang membuat band side projek bersama-sama dengan Zamry Jaafar, bassis dari band The Rudeboys. Dengan menggunakan nama The Bulletcast Members, lagu pertama ciptaan mereka adalah "Sleeping Lullaby" dimana ia dihasilkan hanya pada satu malam. Satu keserasian yang akan membawa perubahan yang bermakna dalam band ini.
Early Silwayd : Zamry Jaafar, Edwin Jang Joseph
& Mohammad Adhim Alibaba.
Selepas berbincang, akhirnya The Bulletcast Members ditukar semula namanya kepada Sillhoutte. Band ini mengetengahkan konsep Borneo Pop, satu term baru yang diilhamkan dari band Nice Stupid Playground. Sebagai satu band pop di dalam komuniti musik Kuching Indie Rebel, satu label tidak rasmi sebagai pengantara anak2 muda tempatan dalam berkarya, adalah menjadi satu variety dimana terdapat juga band2 yang lain seperti NERD, Farrah dan Chaotic Addict yang bermain konsep yang lain (Street Punk, Indie Rock, Lo-Fi). Ia menjadi satu kelainan dalam kepelbagaian jenis musik bawah tanah yang mula berkembang di bandar Kuching. Biarpun sekadar bermain musik Pop yang sinonim dengan dunia mainstream,namun Sillhoutte menjanjikan kelainan kepada pendengar.
"Sleeping Lullaby" pernah memenangi tempat ke 3 dalam pertandingan Band antara Universiti seluruh Malaysia anjuran ICOM pada tahun 2007 bersempena dengan kempen Unity in Music menjelang hari Kemerdekaan, bertempat di PISA, Pulau Pinang. Ia menjadi merit kepada Sillhoutte dalam melangkah alam seni musik, dan menjadi benchmark untuk musik gubahan mereka yang seterusnya.

Acoustic Silwayd in Unity in Music ( ICOM ), Pisa, Penang - 2007

Acoustic Silwayd, Skizo, Cheras - 2008
Sillhoutte telah merilis Demo "New Chapter" yang mengandungi 3 trek (Beauty Scenery, Borneoland & Sleeping Lullaby) pada awal tahun ini (2008). Sehubungan dengan itu, Sillhoutte turut menambah dua ahlinya, iaitu Khairul Azmin (ex-Paradoxically Opinion) untuk posisi bass dan Wan Mohd Taufik (ex-Farrah) untuk posisi gitar ke 2. Penambahan untuk posisi drum, adalah sessionist dari kugiran Farrah, iaitu Mohd Faizal. Manakala bagi melengkapkan melodi, Zuhal Firdaus Bawazier, seorang pemuzik bebas dari Jakarta telah dipilih untuk melengkapkan line up untuk posisi keyboard. Namun begitu, Zuhal Firdaus hanya sempat bersama dalam rakaman demo New Chapter, memandangkan beliau menumpukan perhatian penuh terhadap kugiran asalnya, ZUHAL. Posisi keyboard bagi kugiran ini kemudiannya telah diambil alih oleh Mohd Bidari, bekas keyboardis kugiran NERD (ZOO).
Pada Julai 2008, Sillhoutte buat pertama kalinya muncul, dengan ahinya yang lengkap dalam persembahan live di tempat asalnya, Kuching.

First performance of Silwayd in complete line up, July 2008 - Kuching.
Kugiran ini akhirnya menukar ejaan band yang pada asalnya "Sillhoutte" kepada "Silwayd" bagi memudahkan audien dalam menghadapi masalah sebutan. Tidak lama selepas itu, satu label indie tempatan, First Stance Redordings telah mengambil Silwayd sebagai artis dibawah naungan mereka. Pada ketika ini, Silwayd hanya akan bermain unplugged di mana-mana undangan, memandangkan hanya Mohammad Adhim, Zamry Jaafar dan Mohd Bidari sahaja ahli kugiran Silwayd yang berada di Tanah Malaya, manakala yang lainnya masih berada di Sarawak. Silwayd hanya akan aktif sebagai sebuah kugiran lengkap pada tahun hadapan, 2009, setelah Mohammad Adhim menghabiskan pelajarannya dan ahli kumpulan yang lain berhijrah ke Tanah Malaya.

Adim Alibaba performed solo.
Sehingga artikel ini ditulis, Silwayd sedang bergiat aktif ala kadar bermain akustika di sekitar Kuala Lumpur / Selangor. Proses rakaman EP mereka akan bermula pada bulan Disember 2008. Insyallah. Sokongan dari anda semua akan membantu Silwayd mengorak langkah dalam industri muzik tanah air. Untuk keterangan lanjut berhubung dengan tempahan show dan yang berkaitan, sila berurusan dengan Mr Diky Iskandar di talian +60123131272. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum.



SILWAYD









