x

You are using an outdated browser. Please upgrade your browser to improve your experience.

Chomel / Blog

Chomel Mula Dari Bawah

Bakat-bakat baru datang dan berlalu, namun penyanyi dan penulis lagu Noorzafirah Binti Abdullah atau senang dipanggil Chomel tak ingin dipukul arus dan dihanyutkan artis-artis baru yang bakal mendatang. Sebagai langkah pertama untuk kekal bertahan di industri musik, album Teman yang mengandungi empat buah lagu adalah satu usaha dan bukti kesungguhan beliau sebagai artis yang cekal. Lagu-lagu tersebut adalah hasil ciptaan Chomel sendiri.

Penyanyi Chomel yang berusia dua puluh tahun anak kelahiran Singapura ini mula dikenali melalui lelaman youtube. Pertandingan demi pertandingan telah disertainya. Bakatnya mula menonjol dan diminati ramai setelah melibatkan diri dalam program pertandingan “Go Glam” anjuran radio Ria yang mengudarakan nyanyiannya. Lagu jiwang telah menjadi satu identiti buat penyanyi solo yang sering bertemankan guitarnya semasa menyanyi. Apabila ditanya mengapa memilih lagu jiwang, beliau dengan berseloroh berkata ” Memang mula mencipta lagu dengan genre jiwang.. Hehe.. Mungkin lebih sesuai dengan diri Chomel”.

Seperti anak muda biasa, menyanyi di kolong blok adalah satu kebiasaan pada yang meminati musik, pada tahun 2012 kenangan itu berlalu setelah diberi peluang membuat persembahan pentas di khalayak umum. Chomel memanfaatkan peluang yang ada memandangkan di Singapura, industri musiknya kecil dan agak terhad untuk membuat promosi. Namun kedengaran juga bahawa beliau sedang berjinak-jinak menceburi industri musik di seberang.

Album Teman telah berada di pasaran. Ia adalah terbitan Amyr Abadawn yang juga selaku penyusun musik dan pemilik syarikat Nangbotinang Record. Di atas kerjasama rakan-rakan yang sering menyokong, Chomel meneruskan impian dan kerjayanya sebagai artis dengan tekun. Beliau kini sedang sibuk mempromosikan album terbarunya di radio, majlis-majlis seni dan di lelaman cyber.

Kalung D'Peti http://www.kalungdpeti.com/chomel-mula-dari-bawah/

hatim_nor
hatim_nor  (about 1 month ago)

insyallah chomel semoga segala yg diusahakan Selama ini Akan nmpk hasilnya nti.yg penting chomel mesti kena kuat untuk hadapi segala Dugaan yg dtng, sombong,tidak lupa keluarga,dan agama.chomel tetap the best..

LAGU PENGLIPUR LARA

RAMBUTNYA pendek dan beliau cenderung pada kegiatan yang digemari lelaki seperti bermain bola sepak, bergusti dan memetik gitar.

Malah penampilan Chomel yang ala 'tomboy' itu mungkin boleh mengundang komen atau kekata nista yang kurang sedap didengar.

Namun di sebalik kemeja-T dan seluar jeans kasual yang disarungkan Chomel atau nama sebenarnya Noorzafirah Abdullah itu tersembunyi suara sayu dan bakat yang terpendam sekian lama.

Malah, bakatnya yang terpendam itu mungkin kekal tersembunyi jika tidak kerana angkara seorang rakan yang memuat naik klip videonya ke laman perkongsian video YouTube.

"Tidak sangka ramai yang akan menonton video dan menyukainya pula. Daripada saat itu, saya mula merakam dan memuat naik ke dalam talian video saya bernyanyi di bawah blok," kata Chomel, 21 tahun.

Sebenarnya, ada hikmah di sebalik perbuatan rakannya sekitar dua tahun lalu itu.

Buat masa ini, video-video nyanyian Chomel di YouTube telah ditonton lebih 100,000 kali oleh pengguna.

Dan didorong sambutan yang menggalakkan ini, Chomel baru sahaja melancarkan lagu single pertama berjudul Teman, lengkap dengan klip videonya sendiri di YouTube.

"Ia mengisahkan perselisihan faham yang pernah berlaku antara saya dan rakan-rakan yang hanya mampu saya luahkan dalam lagu," kata Chomel, anak kedua dalam keluarga enam adik-beradik, membuka cerita.

Selain bercerita tentang single pertamanya itu, Chomel sempat berkongsi lebih mendalam tentang minatnya pada muzik baru-baru ini.

Bilakah Chomel mula bernyanyi? Saya mula bernyanyi ketika berusia 15 tahun... Maknanya sudah enam tahun saya bernyanyi. Sebenarnya, saya tidak pernah memasuki sebarang sekolah muzik... belajar main gitar pun sendiri sahaja.

Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Chomel biasanya tentang cinta dan amat berjiwa-jiwa. Kenapa ya? Lagu-lagu 'jiwang' sentiasa dekat di hati saya. Sebab itulah saya gemar menyanyikan lagu-lagu seperti itu.

Tidakkah Chomel gentar mengundang kritikan bertubi-tubi apabila sentiasa memuat naik video ke YouTube? Sebenarnya, saya menganggap semua maklum balas daripada peminat sebagai satu cabaran untuk diri saya sendiri... tidak kiralah yang positif atau yang negatif.

Kritikan pendengar juga memberi saya semangat untuk memperbaiki diri dalam apa sahaja aspek yang kekurangan.

Selain memuat naik video nyanyian, Chomel juga berkongsi video bermain bola sepak. Adakah Chomel berura-ura hendak menjadi pemain bola sepak? Tidak. Saya bermain bola sepak semata-mata sebagai hobi sahaja, tetapi memang saya suka menyertai pertandingan futsal atau bola sepak gelanggang. Sebenarnya, saya memang suka melakukan kegiata-kegiatan yang biasanya dilakukan lelaki.

Tidakkah Chomel berasa janggal berbuat demikian? Dari dulu lagi, saya memang seorang yang lasak. Sebab itu saya menampilkan diri seperti ini. Lagipun, saya memang suka pakaian ringkas.

Apakah perkara lain yang Chomel suka lakukan di luar bidang muzik? Selain mengarang lagu dan bermain bola sepak, saya suka berbasikal, bersembang dengan kawan-kawan dan bercuti bersama keluarga.

Mengarang lagu? Selain daripada menyanyi, saya juga gemar menulis lagu dan bercita-cita menjadi seorang penggubah lagu pada satu hari nanti.

Namun, seperti setiap penggiat seni yang baru sahaja hendak memulakan kerjaya, saya mengharapkan sokongan yang padu daripada pihak awam supaya kami mempunyai peluang menampilkan bakat kami secara berterusan.

ila adila aris
ila adila aris  (9 months ago)

All the best Chomel.

Siti Aishah
Siti Aishah  (4 months ago)

wish u luck always..

Linda Ash
Linda Ash  (4 months ago)

Wish u all the best Chomel,will always doakan u success in everything u do and mulakan dgn "bismillah". Ameen......

hatim_nor
hatim_nor  (about 1 month ago)

insyallah chomel semoga segala yg diusahakan Selama ini Akan nmpk hasilnya nti.yg penting chomel mesti kena kuat untuk hadapi segala Dugaan yg dtng, sombong,tidak lupa keluarga,dan agama.chomel tetap the best..

hatim_nor
hatim_nor  (about 1 month ago)

insyallah chomel semoga segala yg diusahakan Selama ini Akan nmpk hasilnya nti.yg penting chomel mesti kena kuat untuk hadapi segala Dugaan yg dtng, sombong,tidak lupa keluarga,dan agama.chomel tetap the best..

Feedback