x

Bunkface Music / Bio

Bunkface Music diwujudkan untuk mempersembahkan lagu terbaru dari Bunkface yang terbit dari EP Lesson Of The Season dan dari album Phobia Phoney. Cerita Bunkface ringkas je. Semua band members BUNKFACE berasal dari Klang, Selangor. Mereka mula menunjukkan minat bermain muzik seawal tahun 2005. Sedari itu mereka memulakan langkah untuk memasuki pertandingan BLAST OFF! Biarpun tidak dijuang sebagai juara, mereka cukup berbangga kerana berpeluang mengutip pengalaman manis melalui pertandingan tersebut. Mereka meneruskan langkah dengan menulis lagu-lagu sendiri. Banyak rintangan yang dihadapi oleh mereka sepanjang bergelar pemuzik Indie. Dengan semangat dan motivasi yang tinggi, mereka terus dan terus berusaha sehinggalah dikenali oleh peminat-peminat muzik Indie tanahair. Bunkface telah pun mengeluarkan EP mereka yang pertama berjudul 'LESSON OF THE SEASON'. Ia memuatkan 6 trek lagu-lagu berbahasa Inggeris dengan genre muzik pop punk/alternative/rock. Genre punk/pop/rock telah ditampilkan oleh Bunkface di dalami album tersendiri yang diberi nama 'PHOBIA PHONEY'.Ia memuatkan 10 buah lagu dan menampilkan 4 buah lagu bahasa melayu serta 6 lagu berbahasa Inggeris.

General Info

Artist Name:
Bunkface Music
Home Page:
http://www.reverbnation.com/bunkfacemusic
Genres:
Alternative

Contact Info

Location:
MY