View Lyrics: Tenang (demo) Modal close icon

Viewing lyrics for Tenang (demo) by herman.mutiara.

lagu / senikata: herman.mutiara

ketika aku
telusuri lorong-lorong waktu
yang suram dan kaku

Kau datang dan Kau pimpin aku
ke lebuhraya kemilau penuh warna
menerangi dasar jiwa

ketika aku
luahkan bait-bait duka
bersalut kecewa dan airmata

Kaukhabarkan kepadaku
berita gembira
kisah-kisah syurga
nyala pelita di jiwa

ketika aku rindu
ternyata Kau dekat padaku
dekat di nadi
dekat di hati

ketika aku
bersendiri di malam syahdu
memanjat puji syukur

berlinanglah airmataku
di dalam sujudku
kerana kutahu
ku tak sendirian

tenang dalam pengabdian
tenang...

Close