View Lyrics: Aku Bukan Jebat Modal close icon

Viewing lyrics for Aku Bukan Jebat by herman.mutiara.

puisi: zaleha isnin
lagu: herman.mutiara
gitaris undangan: hamzah adon

Aku bukan Jebat
Yang membiarkan sahabat
Menikam dari depan
Atas nama pembelaan
Atas nama persaudaraan
Atas nama setiakawan

Aku bukan Jebat
Yang dipanggil penderhaka
Yang digelar pengkhianat bangsa …
Kerana berkorban untuk kawan yang
makan kawan
Kerana kebaikan yang tidak bersempadan
Kerana kepercayaan tanpa keraguan

Dari semangat Jebat
Akan aku jadikan azimat
Tanda untuk aku beringat
Yang baik itu bukan semuanya sahabat
Yang buruk itu tidak semestinya jahat

Aku perlukan sahabat
Yang punya otak
yang bukan cuma tahu memaksakan kehendak

Aku mahukan teman
Yang punya perasaan
Bukan yang membuang tongkat
ketika jembatan sudah terlihat

Jangan paksa aku bunuh kepercayaan itu
sebelum semuanya terlewat…
KERANA
Aku bukan Jebat

Close