x

OZON / Bio

Kumpulan rock Ozon bermula dengan nama Defenders dari utara MALAYSIA (Kedah & Perlis) yang berjaya merakamkan album mereka pada tahun 1992 dahulu. Album yang diberi jodol “KRONIK” hanya sempat menjengah telinga para pendengar sekitar 2 bulan sahaja yang ketika itu dengan lagu-lagu yang sering berkumandang di corong-corong radio adalah lagu Sayembara lagu ciptaan/lirik oleh sdr hjrozman dan Epilog Cinta Luka ciptaan/lirik oleh Eddie Hamid. Di samping itu lagu Bunga Lalang juga berjaya mendapat tempat peminat-peminat rock kapak zaman tersebut. Namun terdapat masalah di peringkat pengurusan syarikat mereka bernaung lalu mereka terkapai-kapai lalu meninggalkan dunia seni membawa haluan masing.

Mengambil peluang tawaran menyertai Loonaq Records yang baru memperkenalkan konsep USAHAWAN ARTIS/PEMUZIK, kini Ozon muncul kembali dengan Adie masih sebagai vokalist bersama line up baru seperti Pijan (gitar), Ozzy (bass) dan Muhammad Fariz (drum) ingin mencuba sekali lagi dengan merakamkan semula lagu-lagu lama mereka seperti Sayembara dan Bunga Lalang serta 3 lagu baru iaitu Berdua Bersamamu, Raja Sehari dan lagu tajuk album iaitu Menerobos Sukma. Sesuai dengan usia yang kini bukan lagi sebagai remaja, mereka meringankan sentuhan muzik mereka dari metal pop rock kepada pop indie rock dengan sedikit funky dangdut dan joget seperti dalam lagu Berdua Bersamamu dan Menerobos Sukma.

Album ini telah diterbitkan oleh sdr hjrozman sebagai Penerbit Eksekutif yang juga penerbit bagi album “Kronik” yang telah dibuat pada tahun 1991 dahulu yang telah dibantu oleh Opie Bloodshed sebagai penerbit/susunan muzik kecuali lagu Raja Sehari susunan muziknya dibuat bersama Ozon/Syed Samudera. Man Senoi dan Rosli@pakli juga turut membantu di studio sebagai penerbit vokal dan teknikal.

4 buah lagu dicipta oleh hjrozman iaitu Menerobos Sukma, Bunga Lalang (lirik ditulis oleh Nur Fatin Shamimi), Berdua Bersamamu dan Sayembara. Lagu Raja Sehari dicipta oleh sdr TJ dan liriknya ditulis oleh Adi Ozon.

Album yang telah mengambil masa hampir 10 bulan untuk disiapkan ini telahpun berada di pasaran online & digital download Loonaq.My pada bulan Ogos 2012 dan Ozon berharap improvisasi muzik mereka di tahun 2012 ini bakal diterima peminat lama mereka di samping anak-anak muda zaman sekarang.

General Info

Band Members
Adie, Pijan, RizO & Ozzy
Artist Name
OZON
Home Page
http://www.reverbnation.com/ozonpage
Active Since
01/91
Genres
Rock / Pop Rock

Contact Info

Location
Alor Setar, MY
Manager
Jebat Suhairi +60 11 1248 6525

Similar Artists

  • WALI BAND
  • Metallica
  • Amy Search
  • Tom Jones
Feedback