| Status | hi, stay tune for the latest news!!! |
|
Join the Mailing List |
About
6ixth Sense
Nama 6ixth Sense tidak pernah lekang dari peminat semua.Menerusi lagu Hari Ini dan Semalam nyanyian 6ixth Sense berjaya mengangkat nama band ini seiring kumpulan muzik popular lain dalam jangka waktu yang singkat. Pihak Metadome Sdn.Bhd memberi peluang kepada 6ixth Sense apabile di beri kepercayaan untuk berduet bersama Noe (Letto) menerusi lagu “Cinta Yang Sempurna”. Lagu ini bertemakan ketuhanan, keindahan dan keinsafan manusia sejagat kepadanya. “Cinta Yang Sempurna” bukan sahaja sesuai diperdengarkan sepanjang bulan Ramadhan tetapi ia juga mampu diperdengarkan pada hari dan bulan seterusnya.
Pada 13 Julai 2007 yang lalu, kumpulan muzik 6ixth Sense telah melancarkan album terbaru mereka yang berjudul '6ixth Sense' di Planet Hollywood,
Untuk album kedua ini, 6ixth Sense dengan usahasama Metadome Sdn Bhd dan syarikat telekomunikasi Maxis telah melancarkan produk digital bagi kesemua lagu-lagu yang termuat dalam album terbaru 6ixth Sense.
Usaha ini dibuat bagi mengikut trend muzik masa kini di mana peminat boleh memiliki album secara digital sebelum album dalam bentuk fizikal berada di pasaran. Sekaligus dapat dalam memajukan perkembangan muzik tanahair seiring dengan tuntutan dunia teknologi yang serba pantas.
Peminat 6ixth Sense boleh mendapatkan dan memuat turun produk digital mudah alih lagu-lagu dari album terbaru 6ixth Sense dalam bentuk true tones, nada bunyi polifonik, muat turun lagu penuh, nada dering pemanggil dan pelbagai lagi untuk disesuaikan dengan kehendak peminat muzik semasa. Untuk keterangan lanjut, peminat boleh melayari laman web Music Unlimited Hotlink di www.hotlink.com.my.
Berdasarkan sambutan yang begitu menggalakkan dari pengemar muzik tanahair, 6ixth Sense yakin dengan adanya produk digital ini akan dapat memberikan kepuasan dan hiburan yang lebih bervariasi dan lebih bermutu kepada peminat. Antara lagu terbaru yang menjadi kegilaan peminat ialah lagu Kelam, Cinta Sejati dan Tak Bisa Memilihmu.
Pada majlis pelancaran itu, 6ixth Sense sempat memperdengarkan lima buah lagu ciptaan mereka antaranya lagu Tak Bisa Memilihmu, Hikayat Cinta II, Long Distance, Rayuan Gombal dan Kelam kepada pihak media. Yang paling membanggakan kesemua lagu dalam album ini adalah hasil ciptaan mereka sendiri.
Dalam album kedua terbitan Rumpun Records ini, 6ixth Sense tampil dengan imej dan muzik yang lebih matang dan mereka yakin dengan bakat serta kredibiliti mereka untuk mencetuskan satu fenomena baru dalam industri muzik tanahair. Ini terbukti apabila 6ixth Sense dipilih oleh Maxis sebagai Artist Of The Month pada Jun yang lalu.
Bercerita mengenai album kedua yang masih mempertahankan konsep pop yang dibaluti nuansa rock dan emo itu, Adi yang manjadi vokalis utama menyifatkan 6ixth Sense sedang menempuh kematangan dalam aliran muzik yang dibawakan oleh mereka.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka bakal mengulangi kejayaan yang pernah dilakar menerusi album pertama yang rata-rata mendapat pujian daripada pengkritik muzik. 6ixth Sense membuktikan mereka berupaya menghasilkan mutu produksi yang setanding dengan pemuzik luar, terutama band dari
Keberanian mereka untuk meneroka bunyian yang lebih mencabar, malah
Jika Hari Ini Dan Semalam berjaya membolosi carta radio tempatan, malah antara komposisi yang mendapat putaran terbanyak di stesen radio nombor satu negara, Era, tidak mustahil jika Tak Bisa Memilihmu yang diangkat sebagai single sulung kumpulan itu mengulangi kejayaan yang sama.
Bahkan tatkala dipendengarkan kepada beberapa pihak, mereka yakin sentuhan baru daripada
Tak Bisa Memilihmu bakal menjadikan impian 6ixth Sense satu kenyataan, disokong oleh Metadome yang membuat percaturan berani untuk melancarkan projek ulung itu dengan album kedua kumpulan itu.



6ixth Sense










